-->

CAR BOOTH SALES PERMULAAN PERNIAGAAN

Hi, salamualaikum semua.

Untuk anda yang ingin mulakan perniagaan, sama ada outdoor atau indoor.  Kedua-duanya boleh. Tapi bagi yang ingin cepat untung dan dapat duit hari tu jugak, anda boleh cuba bisnes carbooth sales.


Sangat mudah.  Berkonsepkan kereta. Barang-barang terpakai pun boleh. Untuk pengetahuan anda semua, banyak tempat yang buat niaga untuk car booth sales.  Contohnya area KL, kat Taman Melati, Damansara dan macam-macam lagi.  Tapi as my experience, saya berniaga di Taman Melati dekat dengan stesen minyak BHP tu, rasanya.  Okey, 1st Anda pilih tempat, survey-survey, tanya member or cari kat internet. Macam saya dulu mula-mula start bisnes memang buat carbooth sales.  Saya ada contact dengan akak ni, dia memang jaga booking situ. Sapa nak join buat bisnes situ semua bagitau kat dia , kira kita booking tapak niaga kat dia la.  Paling best, tapak niaga RM 10 sahaja sehari ( kalau jual barang 2ndhand) .  RM 15 kalau jual barang baru.  Okey. Tu harga. Murah sangat kan. Alhamdulillah. Tiap sabtu ahad boleh la datang niaga sini tambah pendapatan.


Cara-cara mulakan Bisnes Car booth ?

Pertama, mestilah ada kereta.  Kalau tak nak niaga cam ne? Sebab konsep pun car booth. Barang-barang mudah dalam kete je. Tapi barang-barang lain macam penyangkut baju, tudung, meja nak letak barang ke, payung ke.. itu suka hati la.. Macam saya dulu mula-mula nak niaga takde meja, penyangkut semua takde.  Cuma letak tikar jual kat bawah longgok je.  Itu pun laku. Alhamdulillah. So terpulang pada korang la nak buat camne pun.


Ini contoh gambar-gambar kami meniaga mula-mula dulu.  Dari sehari sebulan niaga. Alhamdulillah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekarang saya nak share kan pada anda semua supaya anda semua boleh bermula bisnes dengan baik.  Ini kami niaga sebelum kahwin dulu, dapatla topup duit kahwin sikit-sikit, jual pre-loved item :) 










Timing niaga dari 7 pagi sampai 1 tengahari.  Tapi selalunya pukul 12 saya dah balik.  Depend pada anda la nak gerak pukul berapa :) Saya sangat syorkan pada anda semua untuk niaga car booth sales. Sebab sememang amat menguntungkan dan paling penting ini adalah permulaan untuk ajar anda meniaga lebih banyak lagi dan merupakan pengalaman serta pelajaran bagi anda yang minat meniaga dan memulakan perniagaan.

And still, even though dah ada butik sendiri sekarang, still kami akan meniaga kat sana. :) sebab suka! Nanti kalau u all minat nak buat bisnes car booth nak join ke apa ke.. Contact-contactla saya  
0124746867.  Dapatla tambah kenalan rakan-rakan niaga ya. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...