-->

PENDAPATAN AKTIF DAN PASIF

Hi dan assalamualaikum semua.  Thanks for reading this blog! *Cheer up!* Eh, aktif sangat pula malam ni. Sebab dah dapat laptop dan internet bawa balik KL mestilah ceria.  Kalau tak, online kat penang je selalu.
Hasil carian imej untuk pendapatan

Topik pada kali ni, Pendapatan aktif dan pasif.  Apakah maksudnya pendapatan aktif?  

Pendapatan aktif adalah duit atau gaji atau pendapatan kita apabila kita melakukan kerja.  Ini dikategorikan sebagai makan gaji.  Contohnya, kerja kilang, bank, cikgu, technician, doktor, peguam dan lain-lain lagi.  Kita buat kerja, dapat duit. Contoh lagi, kita kerja sebagai customer service, bercakap dengan pelanggan sehari dalam beberapa jam, dan kita dibayar gaji bulanan.  Itu adalah contoh pendapatan aktif.

Pendapatan pasif pula adalah pendapatan kita apabila melakukan sekali saja kerja tapi dibayar banyak kali. Apakah? contohnya macam penulis buku, penyanyi dan macam-macam lagi. Sepanjang lagu tu laku dijual, mereka akan terima loyalti. Sama juga seperti penulis.

Orang kaya yang bebas kewangan sentiasa kaya raya selalu adalah kerana mereka lebih banyak pendapatan pasif daripada aktif.  Sememangnya sangat berbaloi. 

Jika diberi pilihan, anda mahu jadi yang mana? Kalau Rin, Rin akan jadi seorang yang berpendapatan pasif.  Sangat bebas kewangan, boleh shopping selalu, banyak masa dirumah, boleh lihat anak membesar, tidak sibuk dengan dunia luar dan tak perlu ke kerja. 

Ini Rin petik daripada sumber-sumber google, mereka yang berpendapatan Pasif adalah seperti:  


Hasil carian imej untuk bill gate

  1. Bill Gates – Membina software Microsoft hanya sekali sahaja dan berjuta-juta orang dari seluruh negara membeli software tersebut darinya.
Hasil carian imej untuk Mark Zuckerberg

2.  Mark Zukerberg – Mempunyai laman website sosial paling popular iaitu Facebook. Hanya melalui facebook, Mark mendapat pendapatan pasif hanya dengan menawarkan iklan di Facebook. Setiap hari ada saja orang bayar untuknya.



Steve Jobs

3.  Steve Jobs – Membina telefon pintar paling canggih, iPhone. Hanya hasilkan idea sekali sahaja dan berjuta-juta manusia membeli telefon hasil dari ideanya.



Banyak lagi billionaire, pendapatan pasif! dan insyallah kita semua boleh jadi seperti mereka.





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...