-->

PERSEDIAAN MENJADI SURIRUMAH

Salam alls.  Rin actually tengah menanti hari untuk jadi surirumah sepenuh masa.

Rin percaya anda semua mesti merupakan seorang surirumah atau seorang bekerjaya, betul kan?
Ada juga yang tanam anggur,tanam pishanngggggg dan tanam harta. oopss. 

Okey. Selalunya sebelum menjadi seorang surirumah, semestinya seseorang itu pernah bekerja.. Tapi ada juga surirumah yang memang tak pernah bekerja. Yang memang lahir-lahir dan besar menjadi surirumah.  Bagi mereka yang dulunya bekerjaya dan akan menjadi surirumah, disini terdapat banyak persediaan yang perlu anda titik beratkan.

Ada yang berfikir, kenapa perlu persediaan, bukankah surirumah itu hanya duduk di rumah? iya, memang betul. Tapi banyak kerja yang perlu dilakukan supaya tidak bosan dan supaya keadaan rumah sentiasa terurus. Yang paling penting sekali, pengurusan rumah tangga perlulah bagus supaya tiada masalah keluarga yang akan timbul.

Image may contain: 2 people, people sitting

Persediaan yang perlu sebelum menjadi surirumah adalah:

1.  Anda perlu bersedia untuk menguruskan hal-hal orang dalam rumah anda iaitu suami, anak dan lain-lain.  Uruskan mereka dari segi makanan, pakaian dan keperluan mereka dirumah.  Contohnya, seterika baju anak-anak atau suami untuk dipakai esoknya.

2.  Anda adalah restoran dirumah.  Bila wajah kesayangan anda pulang dari pejabat, seeloknya makanan telah tersedia di meja makan, Barulah disayangi semua. Adalah bonus sekiranya anda suka masak dan pandai memasak.

3.  Untuk menjadi surirumah juga, anda digalakkan untuk mempunyai satu hobi.  Sebagai contoh, hobi membuat barangan kraftangan, memasak, mengarang, melukis, membaca novel dan macam-macam lagi.  Jadi, anda tidaklah kebosanan kerana boleh melakukan hobi anda.  Adalah sangat untung sekiranya hobi anda itu dapat mendatangkan hasil lumayan.

4.  Persediaan telefon dan duit adalah amat penting sekiranya berlaku kecemasan.  Ia amat memudahkan anda untuk bergerak ke suatu tempat seperti hospital, kedai dan sebagainya.

5.  Buat shorlist/listing nama jadual harian supaya anda tahu apa yang ingin dilakukan dan dapat manfaatkan masa sebaiknya.  
Contohnya:  7-9: Pasar, 9-11: bisnes online, 11-12: masak.

6.  Berikan rewards untuk suami dan anak.  Selalunya suami balik, dia belikan kita macam-macam, apa salahnya kita hadiahkan dia sesuatu, seperti masakan istimewa, coklat, baju baru.. dan sebagainya. Sekadar hadiah ciuman pun sangat bermakna bagi si dia. Ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan justeru diberkati Allah.

Jangan lupa juga, sebelum menjadi surirumah tangga, anda juga perlulah menyedari bahawa anda tidak akan ramai kawan seperti bekerja dipejabat seperti dulu.  Sekadar kawan di forum, blog , laman sosial itu yang dimiliki mungkin akan sedikit sebanyak menggembirakan anda.  Tetapi kenyataannya,  bersediakah anda menerima kenyataan itu? Jika belum, anda boleh muhasabah diri, ambil sedikit masa sejenak dan berfikir... Apabila menjadi surirumah, 98% anda akan fokus pada keluarga anda.  Hanya 2% sahaja untuk fikirkan kawan-kawan.


Thankyou :)


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...