-->

Refresh Niat Blogging


Assalamualaikum anda semua.

Mungkin baru bagi anda semua untuk mengenali saya dan mungkin segala yang saya coretkan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.

Setujukah anda jika saya berkata... 'mati itu pasti'.. ya..sudah tentu.. namun.. bilakah waktu kematian kita? Anda juga tiada jawapannya bukan?
Hari ini?atau esokkah? Atau 10 tahun lagi? Wallahualam.
Korang pernah terfikir tak sudah cukupkah amalan-amalan kita semua utk dibawa ke alam sana? Masib belum cukup bukan?
Harta yang banyak... mampu bawa aku ke syurga?
Rumah yang besar mampu berikan aku syurga?
Belum tentu dan masih belum tentu.
Kadang-kadang hidup terasa terlalu singkat dan kadang-kadang ianya terasa terlalu lama. Tambahan bila kita kebosanan. Memang lama sangat nak cukup sebulan kan. Kenapa ya?

Kerana kita manusia tak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Kerana kita tak sepenuhnya menghargai masa yang kita ada. Kenapa hari ni tiba-tiba Rin cakap pasal mati. Sebab Rin terfikir apa motif Rin berblogging dan Rin rasa adalah untuk memanfaatkan semua orang. Semoga kita semua berada dalam barakahNya dan kembalilah pada niat yang asal.

:)

Salam sayang semua.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...