-->

ULSER DI LIDAH


Auchhh. Sakitnya. Rin taktaula kenapa dalam minggu ni sebelum raya lagi ada ulser kat bawah lidah ni.  Bukan kat bibir, mulut , lidah..tapi bawah lidah k! bawah lidah! mak bapak tolongg. Ya Allah. tolonglah hamba-Mu ini. Adoi. Sakit dia bukan main. Bengkak, Sakit , jadi besar dan keras lidah aku ni.


Hasil carian imej untuk ULSER BAWAH LIDAH
Gambar dari google

Nak kata lidah kotor, selalu gosok gigi dan lidah. Taktahu lah kalau ada bakteria-bakteria yang jahat datang bertandang. adui. Atau mungkin tergigit lidah. Sebab Rin ada gigi taring bawah lidah. hehehe. Gigi taring tajam.  Takut tercocok bawah lidah tu sebab lidah kan lembut aje. adeh.

Okey. Cam ni lah. Sebabkan risau sangat Rin cuba ikut kata orang tua-tua. Letak garam. Setepek garam tu rin calit kat tempat ulser. MAK OI . sakit. tapi aku buat jugak. apa kisah. sebab nak bagi baik dan sembuh kan. ish ish. Masalah dah 3 hari tak sembuh lagi. 

Then malam ni Rin try letak garam, air suam dan campur air masak sikit. Rin kumur-kumur guna air tu. Pastikan ulser terkena dengan air tu banyak-banyak. Haa.. lega. rasa macam ringan sikit lidah tu. Mungkin bengkak kat lidah tu nak kecut dah kot.

Hope ni bukan ulser yang teruk-teruk atau kansel mulut or apa-apa. Ish ish otak aku ni. Asyik overthinking je. Okey kita tunggu esok sama ada ulser ni boleh baik atau tak. Tapi tak rasa esok..mungkin la dalam minggu depan. Kita tunggu tengok. 

Makan ubat doktor? Memang takla. takpela. Rin try guna air garam. Bonjela doktor bagi tu lagi Rin tak suka sebab tak sedap dan lagi sakit. No no no...

U all try la yang bonjela tu. Rin dari dulu memang tak suka rasa bonjela. Iye. Rin paham. itu sapu kat mulut je. Tapi rin ni memang suka terasa. Tambah-tambah lipstik yang pakai atas mulut tu aku suka terjilat. inikan pula bonjela yang sapu dalam mulut kat ulser tu. Tak pasal-pasal sakit perut sebab termakan ubat tu.  Termakan garam tak pe lagi.



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...