-->

WANITA DAN KERJAYA

Seandainya boleh buat pilihan, mana satu yang anda akan pilih?

BEKERJAYA ATAU TIDAK?

Semestinya menjadi wanita bekerjaya. Sebelum tu, pastikan anda semua betul-betul fahami apa makna Kerjaya? Adakah doktor, lawyer, artis, pegawai atau kerja kerajaan itu bekerjaya? ataupun seseorang yang gaji nya 5 ribu ke atas itu bekerjaya? atau 3 ribu ke atas? Adakah itu kerjaya? Ya. Betul juga tu. Itu saja ke?

Hello hello helloooooo..
Kerjaya dari segi apapun tetap bekerjaya jika kita ada kerja, ada pendapatan dan paling penting berjaya dengan kerja kita.  Seorang wanita yang menjual nasi lemak dan mendapat keuntungan yang lumayan juga bekerjaya.  Kerana dia berjaya dengan kerjanya.

Surirumah digelar bekerjaya? adakah begitu? bolehkah? Okey. Let me clear this.  Surirumah yang bekerjaya adalah surirumah yang dia ada buat job lain. contohnya dia usahawan, bisnes, buat kuih raya, nasi lemak, ajar tuition, bisnes masak-masak, dan lain-lain tu menunjukkan dia ada kerja. Means dia dikategori kan sebagai wanita bekerjaya kah? YA.

Kalau surirumah tapi tak buat apa-apa, tak ada income/ pendapatan.. itu baru bukan kategori kerjaya. Kerjaya sebagai surirumah sajalah. Tetap juga ada kerjaya tu. Bukan apa, surirumah pun satu kerja juga sebenarnya. Dan tak semua orang boleh buat dengan berjaya sekali.  Kerja sebagai surirumah pun susah juga sebenarnya. Sabar jelah.






Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...