-->

Korang minat bisnes tak?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..




Terima kasih kepada semua supporter blog ini. Alhamdulillah. Masih Rin ada peluang untuk berkongsi kisah suka duka dengan korang semua. Macam yang korang tahu, sebenarnya dah 2 bulan Rin behenti kerja.. Kerja bank sebagai team leader. Ya. Resign sebab Rin nak mulakan bisnes. Alhamdulillah bulan pertama berjaya bayar segala komitment 100% guna duit bisnes. Bayar kete bayar kad kedit , penapis air dan sebagainya. Well, bila buat bisnes ni, kewangan kena jaga. Wajib sangat2 jaga cash flow. Rin teruja sangat bukan sebab apa..Selama ni dari 18 tahun rin hanya buat bisnes parttime sahaja. Takpernah la banyak untung. just saja2. Dan sepanjang 2 bulan ni macam-macam rin belajar.

Pertama, belajar untuk redha dan sabar. Banyak dugaan permulaan ni, banyak susah tapi kita jangan mengeluh. Hampir putus asa tapi insyallah rezeki kita tetap ada.  Kalau kita yakin pada Allah swt sentiasa, Dia akan sentiasa bantu kita cepat atau lambat. Percayalah.

Kali ni Rin nak sembang-sembang kosong saja.Korang semua minat berbisnes tak? Korang buat bisnes apa je? Jom kita sharing-sharing, insyallah rezeki kita sama2 luas berkongsi ilmu kat sini. Bila dah ada bisnes, marketing pulak hal seterusnya. Untuk newbie, macam mana nak marketkan produk tu? Tak dinafikan memang banyak caranya. Marketing online dan offline pun ada. Terpulang pada individu tu sendiri. Macam Rin lebih suka on9. Tapi kadang2 offline pun berkesan sangat bagi orang yang tak berapa dengan internet ni kan. Well kalau online tu mestilah guna medium macam facebook, instagram bagai kan.. so far fesuk page rin Ashrin Food ni, masih lagi aktif. Instagram pulak baru la nak aktifkan diri, korang boleh search nama Ashrin Food jugak. Dah alang-alang rin kenalkn kat sini, jom lah like page Fb tu.. mana tau nanti korang lapar ke apa ke.. boleh la order delivery food dengan rin.macam-macam menu ada....kena try nih.


Selain marketing, apa yang penting sangat dalam bisnes, semua penting.. customer tu penting .. once dah dapat customer kita kena follow up atau lebih mudah jaga hati lah,,, kalau service tip top, dia mungkin jadi customer tetap kita. dalam masa yang sama kita kena berterusan atau istiqamah ye memarketkan produk/bisnes kita. Jangan sesekali putus asa. Kalau ada masalah berlaku pun sama. Semua orang ada kelemahan dan kita semua tak sempurna,mungkin service kita tak okey ., tapi kita jangan down, kita kena sabar dan ambil positif. Malu memangla malu kan..tambah2 kalau viral makanan tak sedap ke,,basi ke..apa ke..allahu..minta-minta dijauhkan. Cuma kalau benda berlaku diluar kawalan, kita jangan ego , terima pendapat customer dan kita berubah dan jadi lebih baik.

Always remember,kita semua tak perfect. Tapi kita tak boleh down. Kita kena ke depan. sentiasa ke depan.seterusnya dalam bisnes, rekod adalah perkara yang paling penting, banyak sangat.
Rekod pasal produk, customer, modal, sumber dan sebagainya. tu kalau nak citer memang makan masa sangatlah. okey. just a short talking. So rin harap korang pun boleh kongsikan dan bg  tips niaga / bisnes dan apa-apa je korang rasa nak share... i'm happy to listen.eheee :)

Guddayyy all of u. Oh ya,jangan lupa komen or shoutbox.. nanti rin terjah blog korang. Assalamualaikum.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...