-->

AySandwich Totally Copypaste ASHRIN FOOD

Assalamualaikum wbt.

Entry ini bukan nak marah atau menyalah sesiapa. Tetapi sekadar iktibar bagi kita yang sentiasa bermain iklan atau menulis di media sosial.  Sebab saya sangat speechless, saya juga seorang blogger dahulu dan saya tahu bagaimana rasa kalau artikel kita di copy paste, tapi tak pe sebab kita boleh still remain positif dan niat sedekahkan penulisan itu kepada mereka yang copy dan paste di blog mereka. 

Tapi, untuk kes ini, tak tahu patut atau tidak.  Bukan nak menutup periuk nasi orang atau apa,sebab saya faham macam mana orang yang berniaga and saya pun membawa satu perniagaan,, cuma kalau sebijik sangat, anda pun boleh nilai sendiri.  

Dalam perniagaan, bisnes kita sama, tapi tak serupa. Ya. Tak serupa dari segi produk, event, aktiviti, testimoni, marketing, ayat, dan sebagainya.  Iklan nak sama boleh . Ayat nak sama pun boleh lagi.  Tapi saya rasa terkilan sangat kenapa yang sebijik tu adalah........

Dan lagi satu, ayat-ayat dari blog Aysandwich itu copypaste dari salah satu my blogger Ashrin Food.  Korang jangan terkejut dan pertikaikan kenapa ada sesetengah blogger yang buat entry cakap pasal ashrin food guna ayat yang sama, gambar yang sama,boleh je? Ya, sebab, saya yang provide untuk Ashrin Sandwich Blogger Project.  Jadi bila sama, saya tak meroyan la sebab itu rujukan daripada saya.  Terpulang kepada mereka nak olah bagaimana. 

Sekali lagi saya bagitau, kalau nak tiru ayat tak apa.. jangan la pula tiba-tiba tiru sebijik. Kita buat free gift wishes note untuk surprise delivery, dia buat juga ke? RM100 pembelian free delivery, sama juga eh?

I hire Agent from pahang, penang, kl,..dia hire jugak takpe, tapi sebijiklah sama ayat. Nak jugak sebut benda yang sama,. Macam sabar jela kita baca., sebab semua benda sama. Cuma sekadar tukar nama bisnes je. 

Boleh klik satu satu gambar untuk lebih jelas.

Gambar Kiri (Ashrin Food).  Gambar Kanan (AySandwich).




Ohhhhh my blogger tulisan..telah dicopy sebijik. 




Okey, part gambar bawah ni macam sedih sikit. This is My Sandwich Quality. U punya pun boleh request nak masak pedas atau tak pedas ye? Ada tanya customer dulu ye sebelum masak?  Boleh pilih juga ke nak letak sayur ke tak? eh, AY sandwich ada jual chocojar dan chocoboxes juga ke?



 Alahai.,semua benda nak ikut.. sama sama sama. Totally all COPYPASTE.





Gambar bawah ni pandai pulak tukar info contact detail.  Yang lain tak reti tukar ayat eh?




Okey. Sama-samalah kita ya.



Saya tahu.. Bisnes dia dah lama dari saya yang baru saja bertapak.  Dah ramai artis cuba kononnya. Tak kisah semua tu. Kalau dah lama dan lebih senior, mana konsep ORIGINAL?

Maaf atas entry ini. Saya akan padam jika sana boleh baiki semula apa yang sepatutnya.  Tak semua orang boleh accept isu copypaste. Tambah2 info yang nyata seperti perkhidmatan bisnes dan sebagainya.  

Assalamualaikum :)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...