-->

Maksud Sandwich

Dewasa ini, ramai orang yang sudah gila sandwich! Pagi dia sarapan dengan sandwich, tengahari makan sandwich sahaja pun kenyang, malam pula nak makan sandwich sebab nak diet



Pagi petang siang malam semuanya makan sandwich!

Maksud Sandwich


Apa yang dimaksudkan dengan sandwich?


Sandwich adalah satu hidangan ringkas yang melibatkan roti dan inti serta mempunyai proteinnya yang tersendiri.  Sandwich pada umumnya adalah roti yang dikepit dengan inti yang pelbagai seperti ayam, telur, tuna, sardin, cheese dan sebagainya.  Sandwich dan roti adalah benda yang berbeza.  Sandwich mempunyai inti dalamannya manakala roti pula selalu merujuk kepada roti yang belum diletakkan inti lagi atau dipanggil sebagai roti kosong.  Ia adalah dalam berbentuk kepingan. 



Sandwich adalah hidangan yang terkenal dalam kalangan mereka yang ingin cepat atau pantas dalam perjalanan seperti ke tempat kerja, ke sekolah dan sebagainya.  Sebab itulah, sandwich telah menandingi kuih-kuih lain.  Kalau dulu, kita lebih suka makan apom atau lepat pisang, sekarang, kita rasa sandwich tu lagi mengenyangkan!


Sandwich paling digemari oleh kanak-kanak.  Sejak kecil, makanan yang mudah untuk diberi kepada anak-anak adalah rotiRoti tu mesti kita salutkan inti seperti milo, susu, telur, peanut butter, jem strawberry, blueberry dan sebagainya.  Anak pun suka.  Bila dah besar sikit kita dah mula bagi sandwich inti sardin, tuna, telur dan sebagainya mengikut citarasa mereka dan juga sebagai protein untuk tumbesaran mereka.  



                                     


Asal Usul dan Sejarah Sandwich

Berbalik kepada tajuk, sandwich berasal dari nama Earl of Sandwich IV yang merupakan seorang aristokrat Inggeris abad ke-18.  Jejaka itu merupakan penggemar main kad kelas berat. Earl of Sandwich IV akan bermain kad tanpa harus berhenti untuk makan, sehingga daging yang dikepit dua potong roti dijadikan makanan harian dan rutin yang selalu dimakan olehnya sambil bermain kad dengan menggunakan sebelah tangan untuk makan dan sebelah lagi untuk bermain kad.  Earl of Sandwich sering menyuruh pelayannya membawakan daging sapi dan disajikan di antara 2 potong roti supaya dia boleh makan sambil bermain kad.  Kawan-kawannya juga sering mengikutinya memesan makanan yang sama dan selalu berkata “The same as Sandwich!”. Maksudnya, “Pesan makanan yang sama seperti yang dipesan Mr. Sandwich. Sejak itulah makan kegemaran Earl of Sandwich IV menjadi popular dan terkenal dengan nama sandwich dan juga roti lapis.


Anak-anak mat salleh atau orang putih pun selalu makan sandwich.  Ada diantara mereka pula menjadikan roti sebagai makanan ruji atau rutin.  Macam kita di Malaysia ni makanan wajib harian adalah nasi.  Kalau takde nasi, memang rasa nak pengsan je kan.  Makan apa pun tak puas.  Kalau macam sarapan, makan petang atau dinner tu bolehla lagi makan sandwich tu, tambah-tambah kalau sandwich tu inti tebal dan sedap macam sandwich Ashrin Food.  




Anda semua yang belum rasa atau menikmati Ashrin Sandwich bolehlah cuba ya.  Sangat-sangat sedap kerana telah diinovasi dan dimasak mengikut citarasa anda.  Sandwich ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur.  Anda boleh cuba sekali dan insyallah mesti anda nak lagi.  Inovasi sandwich ashrin ini menggabungkan zat dan khasiat fiber, protein dan mineral ke dalam kepingan roti yang dikepilkan inti sangatlah melazatkan dan menggiurkan anda. Pergghhhhh.  Macam-macam jenis dan pilihan.



Banyak lagi yang nak diceritakan pasal Ashrin Sandwich ni.  Korang boleh tengok sendiri roti-roti mereka di www.ashrinfood.com .


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...