-->

Single Sandwich | Sandwich Malaysia

Apakah Single Sandwich?

Single sandwich adalah sandwich yang dibungkus atau dibekalkan dalam keadaan simple dan paling sikit iaitu dalam kuantiti satu sandwich.  Namun, bekas single sandwich mengandungi 2 keping sandwich.  Dua keping sandwich adalah 2 roti potongan yang dilapis dengan inti untuk hidangan.


Jenis Single Sandwich

Kepingan roti berintikan pelbagai daging dan inti itu menjadikan sandwich sebagai satu makanan yang lengkap dengan pelbagai zat dan jenis pilihan.  Ashrin Food merupakah salah satu Sandwich Homemade yang menjual  sandwich yang dilengkapi dengan pelbagai inti sandwich seperti sandwich ayam, tuna, sardin, telur, cheese, ikan, ketam vege, coeslow dan udang.  Banyaknya pilihan perasa sandwich.  Anda cuma pilih je. 

Inilah dia gambaran Single Sandwich:


Ada juga sandwich single yang mempunyai sayur dan salad dan lebih menarik.  Ya. Sayur dan salad berfungsi melazatkan sandwich sekaligus mempunyai khasiatnya.  Namun, sekiranya anda meletakkan sandwich untuk dijual atau dimakan pada hari yang panjang, tidak letakkan sayur ke dalam sandwich akan membuatkan sandwich tersebut tahan lama.  Terutamanya  sandwich yang dijual di stesen minyak dan tidak menggunakan chiller atau peti ais. 

Single Sandwich Permintaan Ramai

Selalunya, single sandwich juga mendapat permintaan ramai kerana sandwich single paling mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan paling mudah untuk dimakan.  Keadaannya yang kecil, simple dan ringan itu juga menjadi perhatian bagi mereka-mereka yang ingin ke tempat kerja dengan cepat dalam pada masa yang sama juga ingin sarapan! Oleh sebab itu, sandwich sangat sesuai dijual di tempat-tempat awam seperti laluan jalan ke stesen LRT, di hadapan sekolah, di gerai sarapan pagi, restoran, kedai runcit dan sebagainya.  Bukan itu saja, malah single sandwich juga boleh dijual di pelbagai tempat kerja anda seperti di dalam pejabat, hospital dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk ashrin sandwich menara 238

Harga Standard Single Sandwich

Harga standard bagi single sandwich selalunya dalam RM2 sehingga RM3.  Jika ingin kurangkan harga atau sekiranya membuat penjualan atau pembelian borong, anda boleh meletakkan harga RM1.50 ke atas berdasarkan jenis inti sandwich itu juga. Apabila anda ingin jual kepada orang lain, anda boleh letakkan harga RM2 hingga RM3. Terpulang kepada anda. 

Kualiti Sandwich 

Walaupun harga sandwich di stesen minyak sangat mahal, selalunya RM2.60 hingga RM3, anda sebagai pelanggan harus menyemak dari segi kualiti sandwich tersebut.  Kualiti sandwich adalah dari segi luaran dan dalaman sandwich tersebut seperti rasa sandwich tersebut, kuantiti atau ketebalan roti dan inti sandwich, kekemasan, kebersihan, packaging roti yang selamat dan tidak terdedah untuk dimakan dan sebagainya lagi.

Sandwich Ashrin Food yang diletakkan di stesen minyak mempamerkan kualiti dalaman dan luaran yang cukup baik dan gempak! Rasa sandwich yang lazat dan sedap diselimuti oleh 2 keping roti tebal yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.  Intinya pula banyak dan dimakan sehingga anda kekenyangan!  Selain itu, kualiti dari segi packaging di mana Ashrin Sandwich menggunakan packing sandwich plastik keras yang tidak terdedah dengan udara diluar.  




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...