-->

KELEBIHAN MADU TERHADAP WANITA

"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai jenis warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An Nahl ayat 69

Siapa sangka madu mempunyai banyak khasiat yang tidak kita ketahui? Sehinggakan  Allah SWT menobatkan madu di dalam Al-Quran sebagai ubat yang menyembuhkan manusia.  Maka tidak hairanlah jika madu disenaraikan antara 7 makanan terbaik dunia.

Hasil carian imej untuk madu

Madu adalah suatu cairan yang dihasilkan dari berbagai jenis gula serta air yang mengandungi logam,enzim dan asid. Kandungan madu yang begitu tinggi vitamin dan mineral sangat besar manfaatnya. Khasiat madu pada wanita merupakan pemanis yang alami sehinggakan begitu sesuai untuk digunakan berbagai pengubatan seperti kecantikan, kesihatan dan sebagainya.

Kajian Tentang Khasiat Madu

Hasil carian imej untuk madu
Tokoh kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina mengulas tentang khasiat madu. Awet muda dan umur panjang adalah di antara hasil dari pengambilan madu yang beliau amalkan. Menurut beliau, khasiat madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Juga mengandungi pelbagai nutrisi antaranya Vitamin A, B1, B2, B3, C, D dan E.  Secara umumnya madu baik untuk kesihatan mahupun kecantikan.


Khasiat Madu Bagi Wanita

Imej yang berkaitan

1.  Mencegah Penyakit Kanser

Hasil carian imej untuk wanita madu

Kajian sains menunjukkan madu kaya dengan bahan antioksidan. Antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak keatas sel-sel badan.Radikal bebas ini apabila dibiarkan akan bertindak ke atas sel sehingga melemahkan badan dan sebahagian daripada sel-sel itu boleh bertukar menjadi kanser. Terutama kanser serviks dan kanser payudara yang sering dialami oleh kaum wanita. Disamping itu,antioksidan juga berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak. Ia juga mampu menurunkan berat badan berlebihan atau obesiti selain dapat mencegah penyakit jantung.

2.  Mengatasi Keputihan Wanita

Hasil carian imej untuk wanita madu
Kandungan antibakteria yang dimiliki madu terbukti sangat mujarab dalam membasmi bakteria yang dapat mengakibatkan keputihan pada wanita. Selain keputihan wanita,kandungan antibakteria tersebut juga baik untuk mencegah daripada serangan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.

3.  Mengawal Kadar Gula Dalam Darah
Hasil carian imej untuk wanita madu
Biarpun madu mengandungi gula, ia bukanlah sama seperti gula putih yang biasa ataupun pemanis yang sering anda gunakan. Madu merupakan gabungan glukosa dan fruktosa yang mana boleh mengawal kadar gula dalam darah anda. Hal ini disebabkan kerana indeks glikemiks madu lebih rendah dibandingkan jenis gula lainya seperti sukrosa sebagaimana disebutkan dalam penelitian Shambaugh pada tahun 1990. Oleh kerana itu, madu sesuai di ambil walaupun orang tersebut menghidap penyakit diabetes dalam pengambilan yang terkawal.Dengan kata lain,mengganti gula dengan madu dapat menurunkan risiko penyakit diabetes dan mengendalikan kadar gula dalam darah.

4.  Merawat Luka Dan Kesan Terbakar

Hasil carian imej untuk wanita madu
Selain memberikan kebaikan pada bahagian dalaman badan, madu juga boleh memberikan kebaikan pada bahagian luaran badan manusia.  Madu boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kesan terbakar dengan membunuh bakteria sepertia methicillin. Berdasarkan kajian selama lebih kurang 20 tahun yang dilakukan oleh pakar biokimia merangkap Pengarah Unit Kajian Madu Lebah Universiti Waikato, New Zealand iaitu Professor Peter Charles Molan, kuasa kesembuhan yang terdapat dalam madu lebah mampu menyembuhkan luka dengan lebih berkesan berbanding ubat-ubatan lain yang digunakan di hospital.Berkemungkinan besar,madu lebah akan menggantikan antibiotik yang sedia ada dalam usaha mencegah dan merawat jangkitan kuman.Hal ini disebabkan madu mampu menembusi sistem pertahanan kuman ,mencegah pembiakan dan jangkitan kuman.

5.  Membersihkan Liang Pori

Hasil carian imej untuk wanita madu
Pori-pori besar dapat menyebabkan jerawat kerana tersumbatnya pori-pori oleh debu dan kotoran.Ternyata kandungan madu sangat efektif untuk mengecilkan pori-pori kulit wajah.Enzim dalam madu asli memperjelas dan mempercantikkan kulit serta menjaga pori-pori agar lebih jelas dan lebih bersih. Sifat antibakteria di dalam madu juga mencegah kehadiran bakteria yang menyebabkan ketidak seimbangan kulit dan jerawat.Sekaligus dapat memutihkan kulit wajah yang kusam.

6.  Menghilangkan Sel Kulit Mati

Hasil carian imej untuk wanita madu
Madu kaya dengan kandungan antioksidan, enzim dan nutrisi lain yang menyihat dan membersih serta melembapkan kulit. Ia juga boleh menghilangkan sel kulit mati di samping menjana penghasilan sel kulit baru. Masalah bibir kering juga dapat diatasi dengan madu.Apabila bibir anda kering dan menggelupas, cubalah mengoleskan madu pada bibir anda.Ia dapat mengubati masalah bibir kering itu.

7.  Sebagai antibodi Yang Kuat

Hasil carian imej untuk wanita madu

Banyak penelitian yang membutikan pengaruh madu terhadap sistem kekebalan tubuh.Berdasarkan kajian Abuharfeil pada tahun 1999,beliau menyatakan bahawa madu dapat meransang pembentukan sel-sel imun seperti natural killer, sel limsofit B dan T yang berfungsi dalam menangkal serangan penyakit.  Madu juga dapat merangsang produksi antibodi yang diperlukan dalam proses penyembuhan dalam tubuh, hal ini telah dibuktikan oleh Al-Waili and Haq dalam kajiannya pada tahun 2004.  Bagi sebahagian wanita yang hamil, adalah sangat memerlukan daya tahan badan yang kuat.  Oleh itu, madulah yang terbaik perlu diambil oleh wanita hamil.

8.  Meningkatkan Stamina

Hasil carian imej untuk wanita madu

Pada zaman dahulu, para atlet yunani mengambil madu sebagai rutin harian mereka sebelum bertanding di olimpiade untuk meningkatkan stamina dan level energi.  Hal ini kemudian dibuktikan dikemudian hari oleh beberapa ilmuwan dalam sebuah penelitian yang melibatkan 39 orang atlet. Atlet yang diberi protein dan madu dilaporkan memiliki tenaga dan stamina yang lebih baik dibandingkan mereka yang hanya memperoleh protein sahaja.

9.  Menurunkan Kadar Kolestrol

Hasil carian imej untuk wanita madu

Kolestrol jahat adalah musuh bagi jantung dan pembuluh darah. Kolestrol jahat atau dikenal dengan istilah Low Density Lipoporotein dapat menyumbat pembuluh arteri dan meningkatkan risiko stroke dan penyakit jantung.  Tidak hanya meningkatkan stamina, manfaat madu juga untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Hal ini kerana dalam madu mengandungi senyawa aktif dan antioksidan yang berfungsi dalam menurunkan kadar kolestrol. Menurut kajian, jika madu diambil secara rutin selama 2 minggu berturut turut dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah hingga 8%.

10.  Menjaga Kesihatan Kulit

Salah satu khasiat madu untuk wanita yang paling penting ialah kemampuannya dalam membantu menjaga kesihatan kulit agar tetap terjaga dari usia muda hingga lanjut usia. Pengambilan madu akan menghindarkan anda dari ketergantungan dalam penggunaan bahan-bahan yang mengandugi zat kimia yang berbahaya. Manfaat madu juga dapat merawat kecantikan dan menghilangkan bekas jerawat, bintik merah serta melembabkan kulit.

Hasil carian imej untuk wanita madu

Kesimpulannya, madu mempunyai banyak khasiat bagi wanita dari aspek kesihatan dan juga kecantikan. Kerana itu juga, tanpa kita sedari madu telah digunakan sejak 4000 tahun yang lalu. Sebab madu dipercayai bertindak sebagai ubat yang mujarab secara alami untuk mengatasi pelbagai penyakit. Manfaat madu juga dijuluki sebagai Yogavahi kerana kandungannya yang berkemampuan untuk menembusi jaringan paling dalam pada tubuh kita. Sekaligus membenarkan sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi "Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al quran".



Jus Aimra'a mengandungi Madu sangat selamat diambil oleh wanita yang berusia 13 tahun sehingga warga emas.  Jus Aimra'a adalah gabungan herba terpilih dan juga makanan sunnah Nabi SAW yang perlu anda amalkan untuk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran wanita. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...