-->

Cara Hilangkan Sakit Senggugut

Wanita yang mengalami sengggut ringan digalakkan supaya membuat pemeriksaan awal kesihatan.
Ia bertujuan untuk memastikan gejala senggugut primer ini tidak disebabkan oleh masalah sistem reproduksi wanita seperti ensometriosis atau fibroid.
Cara untuk merawat senggugut ini termasuk:

#1 – Banyakkan berehat pada hari kemuncak

Bed rest atau berbaring pada hari pertama haid berlaku dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberi ruang kerehatan pada tubuh untuk menjalankan fungsinya secara semulajadi.
Jangan takut jika ia berlaku buat kali pertama, ia petanda kita seorang yang subur.

#2 – Terapi Haba

Gunakan pad pemanas atau botol berisi air suam yang dituam atau diletakkan pada kawasan bawah perut yang terjejas.
Ia dikenalpasti  dapat membantu kelegaan otot rahim, mengurangkan penyempitan salur darah dan memperbaiki aliran darah ke uterus.

#3 – Ambil ubat ikut preskripsi doktor

Pengambilan sebarang ubat penahan sakit atau painkiller perlukan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Ibuprofen atau aspirin boleh diambil untuk membantu mengurangkan sakit senggugut. Tetapi ibuprofen atau aspirin tidak boleh diambil jika kita ada komplikasi penyakit lain seperti masalah asma, sakit perut, sakit buah pinggang atau masalah hati.
Aspirin tidak digalakkan untuk diambil oleh individu di bawah umur 16 tahun. Boleh cuba ubat paracetamol, tetapi kajian menunjukkan ia tidak sebaik kesan ibuprofen dan aspirin untuk mengurangkan kesakitan.

#4 – Jangan abaikan sumber vitamin

Terdapat vitamin tertentu yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialah minyak ikan, kalsium & magnesium, vitamin B6, vitamin E dan Asid Gamma Linolenik (GLA).
Ambil vitamin-mineral ini sama ada dalam sumber diet harian atau lebih mudah lagi, dapatkan dalam bentuk set suplemen untuk senggugut.

#5 – Lakukan senaman

Senaman biasa atau ringan baik untuk mengurangkan fokus kita kepada kesakitan dan lebih penting untuk mengekalkan kecergasan fizikal.
Jangan risau, sakit ketika haid adalah hal biasa yang sepatutnya tidak menganggu tugasan harian. Cuma elakkan senaman atau kerja berat ketika waktu kemuncak buat sementara waktu sehingga sakit period hilang.

#6 – Rehatkan minda

Rasa sakit boleh mengganggu konsentrasi dan kadangkala membuat kita mudah rasa stress.
Amalkan aktiviti yang boleh merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan emosi dan mengawal mood seperti membaca, melihat pemandangan indah, berjalan dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

#7 – Jaga Pemakanan

Elakkan makanan dan minuman yang boleh memburukkan lagi keadaan akibat kekejangan uterus ketika haid.
Terutamanya makanan tinggi lemak, bergaram, air minuman bergas, tinggi kafein dan alkohol. Banyakkan minum air kosong atau lebih baik lagi air suam, dapat membantu mengurangkan sakit senggugut.

#8 –  Terapi mandian

Mandi air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki aliran darah ke bahagian pelvik atau bawah tubuh.

#9 – Teknik urutan

urutan ringan pada bahagian abdomen wanita boleh membantu melegakan saat-saat kesakitan akibat kontraksi otot sekitar uterus (rahim).
Kita orang Melayu suka menggunakan minyak panas berangin dengan teknik urutan lembut. Atau petua orang lama hanya guna minyak dengan campuran bawang merah yang telah ditumbuk, sangat mengujakan.
Kajian orang barat pula menyatakan bahawa penggunaan minyak essential mampu menurunkan tempoh kesakitan ketika period daripada 2.4 hari kepada 1.8 hari sahaja.

# 10 - Minum Jus Aimra'a


Jus Aimra'a adalah Jus semulajadi terdiri dari 100% herba semulajadi dan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda.  Kandungan jus ini juga adalah tanpa pewarna, pengawet dan bahan kimia.   12 herba yang terkandung di dalam Jus Aimra'a termasuk makanan sunnah Nabi SAW ini menjadikan wanita-wanita yang mengambil jus ini secara konsisten dapat merasai kelainan dalam meneruskan kehidupan mereka dari segi kesihatan, kecantikan, rumah tangga dan juga keluarga.  Apa tidaknya, kesan jus ini menjadikan anda sebagai wanita dapat mengeratkan hubungan dengan suami, keluarga anda dan juga anak-anak anda. Terdapat banyak kegunaan atau khasiat jus ini dan boleh diminum oleh anak-anak gadis, para isteri dan keluarga  anda juga. Salah satunya adalah menghilangkan keputihan.
Cuba anda bayangkan, kesemua herba ini diformulasikan tanpa menggunakan pengawet, pewarna, gula dan bahan kimia.  Yang ada darah tinggi, kencing manis pun boleh minum sebab ia tidak ada gula, tapi ia mempunyai rasa seakan-akan kurma dan manis madu sebab diekstrakkan dengan madu asli juga.  Apabila anda minum jus ini, ia akan bertindak menyerap ke dalam kulit anda dengan cepat dan berkesan.  Ia juga akan terus ke bahagian-bahagian pencernaan, penghadaman, jantung dan banyak lagi.  Jus Aimra'a bertindak 100% sebagai penyingkir racun dan toksid di dalam badan dengan sifatnya anti bakteria, anti parasit dan sebagai detoks seluruh badan.  Bila semua racun dan toksid dah keluar, kulit akan lebih anjal, menyerap zat vitamin dengan cepat dan pantas serta meencerahkan kulit dalam masa yang sama menaikkan aset-aset anda.   Untuk wanita bersalin dan berpantang, ia akan menghasilkan lebih banyak susu.  Yang Paling utama, ia dapat menghilangkan SENGGUGUT dengan sangat berkesan.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...