-->

KISAH SI DAIRY | www.kisahsidairy.com

Senyum je Rin tengok blog Kisah Si Dairy ini, tengok je tau.. Ni belum baca lagi okey.  Kenapa la nak tersenyum-senyum ni. Sebab baru perasan bahagian atas blog ni warna pink lebih kurang macam blog Rin ni, tapi blog Kisah Si Dairy ni lagi banyak warna pink berbanding blog Rin ni. Serius baru tengok header, tapi dah tahu blog ni memang cantik.  Tak terlalu formal dan tak terlalu macam-macam. Sangat-sangat nice okey! Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya, dah banyak kali tau Rin terlalu lalang kat blog ni, tapi tak pernah la kenal dengan pemilik blog ini. Hari ni hati terajin nak menyelidik blog dan owner blog ni pulak.  

Kisahsidairy.com

Tahukah anda siapa pemilik blog Kisah Si Dairy ini?

Pemilik blog Kisah Si Dairy atau www.kisahdairy.com ini adalah seorang wanita bekerjaya tau! Wahhh, rasa tak sabar-sabar nak kenal. Hebatnya, walaupun seorang yang bekerjaya, tapi blog dia sangat berjaya! Ya. Si dia bekerja sepenuh masa tetapi berblogging hanya separuh masa.  Memang salute pada dia kan! Inilah pemilik blog Kisah Si Dairy, Siti Rohaida Binti Yusof.  Sis Rohaida ni dah berblogging dari 2010 lagi. Dah 8 tahun, hebatkan!  Serius Rin rasa nak menangis sebab blog lama Rin tu kalau masih ada lagi, mesti dah ramai kengkawan.. Sekarang baru nak cari balik kawan-kawan blogger lama dulu sbb baru buat blog kan.  Blog sis rohaida ni memang bagi rin semangat untuk tulis blog balik.

unnamed

Blog Kisah Si Dairy ini banyak berkongsi mengenai kecantikan, kesihatan, lifestyle, parenting, travel dan macam-macam lagi.  Korang boleh dapatkan macam-macam info dan maklulmat dekat sini, semua ada.  Motivasi pagi pun ada, nak shopping online pun boleh.  Senang, jimat, takyah nak pergi mana-mana, jenjalan je blog kisah si dairy ni :)

header%2Bkisahsidiary%2B%25281%2529

Alamak, banyak Kali buka blog ni dah buatkan Rin tak boleh nak Move on dengan blog ni , suka sangat design templete dan warna pink-pink putih ni.  Nampak lembut warna, nak baca pun tak sakit mata, takde gangguan! Korang dah pernah masuk blog ni? Jom kita!





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...