-->

LIN LIENA | www.linliena.com

Kadang-kadang menulis dapat menguji minda, mengaktifkan otak dan juga menenangkan hati kita, tambah-tambah lagi kalau kita memang suka menulis dan blog kita pun ibarat nyawa kita.  Begitu jugalah dengan blog seorang blogger ni.  Rin tertarik betul dengan cara penyampaian dan penulisan dia yang sangat menarik hati dan menyentuh ke hati, paru-paru dan jantung ni. Eh eh. Maksudnya, Rin memang suka cara dia tulis ni macam dia bercakap. Lagi pembaca senang faham dan akan seronok nak berinteraksi dengan dia. Inilah cara penulisan yang santai dan menyeronokkan. Rasa nak kena belajar banyak dari sini.  Blog apa? Siapa yang tulis?


Hasil carian imej untuk linliena

Blog terindah ini adalah Blog Lin Liena iaitu www.linliena.com.  
Penulis Blog ini tak lain tak bukan adalah Sis Lin Liena.  Takkanlah mokcunn pulak!
Hasil carian imej untuk linliena
Lin Liena ni sebenarnya adalah blogger sepenuh masa yang sangat-sangat suka menulis dan takkan pernah berhenti daripada menulis.  U guys tau tak Lin liena ni memang inspirasi bagi newbie newbie yang baru mula nak berblogging macam kami-kami ni dulu. Hari-hari jenjalan blogwalking ke www.linliena.com.  Memang bersemangat menulis dan bermotivasi betul bila kita masuk ke blog Lin Liena ni.  Si blogger cantik ni suka tau sharing pasal makanan, itu , ini dan macam-macam lagi.  Yang paling best, u olls boleh baca pasal kisah-kisah diri dia kat blog ni.  Pasal movie review dan sinopsis pun ada. Memang tak rugi duduk dekat setengah jam je membelek-belek blog dia. Seronok?! Ada yang macam rin tak? Pergilah tengok sendiri blog www.linliena.com ni, nanti u olls pulak yang belek-belek lebih.

Hasil carian imej untuk linliena

Selain tu, anda yang nak review atau iklankan produk tu boleh guna perkhidmatan Blog Lin Liena! Pasti puas hati punya. Bukan calang-calang blog ni. Ramai peminat dia tau.  Kalau masuk blog ni, mesti boleh nampak ramai yang online dan tengah membaca.  Bukan korang je yang baca tau pada waktu tu.  Nampak tak ramai peminat kat situ?  I pun minat!

Bagi Rin, blog Lin Liena sangat simple dan ringkas tapi memang terbaiklah!  Rasa macam nak ada blog macam ni pula, orang masuk pun selesa, ada aura yang buat rasa nak duduk lama-lama dan baca, nak godek-godek sini sana dalam blog tu ! :)





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...