-->

TUNSHA AYUNIE | www.aunitalib.com

Rasa sedih pula akhir-akhir ni baca status seorang blogger, sebenarnya blogger ni sangat tabah dan sangat kuat dalam kehidupan. Seriusly sis, I sendiri tak sekuat U! Banyak dugaan dan cabaran yang telah dilaluinya dalam menempuhi kehidupannya dan alhamdulillah beliau sangat positif dan mempunyai ramai kawan-kawan yang sangat supportive dan sayangkan beliau!  Maka, hari ini Rin telah menapak di blog si dia sebentar. Blog yang mempunyai design yang sangat simple bewarna merah putih berjaya menambat hati Rin ni..

BLOG TUNSHA AYUNIE


The Diaries of Tunsha Ayunie mengisahkan tentang kisah kehidupan dirinya, hal-hal isu semasa, sinopsis, review movie dan novel serta lain-lain lagi.  Nama blogger The Diaries of Tunsha Ayunie ini adalah Auni Afiqah.  Untuk pengetahuan anda, Auni merupakan juga seorang pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir yang masih menunggu penderma organ.  Auni selalu mengisi masa lapang dengan menulis blog, yelah blog ni adalah penyeri hidup bagi blogger-blogger tau! Dan yang paling best, dia tak sombong, segala pm, komen semua mesti direply. Seronok dapat kawan macam dia.  Semoga dia murah rezeki selalu :)


Bila terjah blog dia, macam-macam entry yang boleh dibaca.  Banyak informasi tentang kecantikan, kesihatan, resepi dan lain-lain lagi. Selalunya dia akan tulis pasal produk dan tempat makan.  Kalau korang ada produk nak review, bolehla ke sini.  Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal si pemilik blog.  Apa yang Rin paling suka? Suka sangat baca kalau dia tulis tentang sinopsis drama atau movie, bukan je senang faham, tapi memang sukala dengar celoteh dia cerita pasal tu.  Sebagai individu yang bukan jenis tengok TV selalu,  bila baca blog Auni ni, i rasa nak tengoklah drama tu!


Korang pun boleh je selalu mai baca kat blog Tunsha Ayunie ni.  Memang enjoy je kat sini.  Jom kita tengok !







Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...