-->

*BUAH KURMA* DITAKUTI JIN



Telah tersebar berita di alam maya yang berbunyi:

"Orang yang makan kurma setiap hari tidak akan didekati jin. Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih, kurma dapat memelihara kelembapan dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan di malam hari"

PENJELASAN:

Pertama:

Apabila kita bercakap mengenai alam ghaib, seperti menyentuh bab jin, malaikat, syurga ataupun neraka maka ia termasuk soalan aqidah yang perlu dititikberatkan, kerana jika tersilap bicara, boleh memyebabkan kita tergelincir dari Islam. Na'uzubillah min zalik.

Perlu diketahui bahawa untuk menetapkan sesuatu aqidah, kita perlu kembali kepada sumbernya. Iaitu wahyu yang berupa Al Quran dan Al Hadith.

Dalam kenyataan tersebut yang berbunyi:

"Orang yang makan kurma setiap hari tidak akan didekati jin"

Tidak terdapat dalam mana-mana ayat Al Quran mahupun hadith. Yang ada hanyalah berkaitan kelebihan kurma 'ajwah, secara khusus. Bukan kepada setiap kurma secara amnya.

Hadith tersebut berbunyi:

" Barangsiapa yang berpagi-pagian dengan 7 biji kurma ajwah, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir " riwayat al bukhari & muslim.

" Kurma ajwah itu berasal dari syurga, ia adalah ubat dari syurga" riwayat at tirmizi dan disahihkan oleh al albani.

Sebaiknya amalan yang perlu diamalkan bagi mejauhkan jin ialah dengan minta perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan (baca ta’awuz)


Image result for kurma ditakuti jin

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا، مَنْ خَلَقَ كَذَا، حَتَّى يَقُولَ: مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ

Syaitan mendatangi kamu dan membisikkan: ‘Siapa yang menciptakan ini? Siapa yang menciptakan itu?’ sampai akhirnya dia membisikkan: ‘Siapa yang menciptakan Tuhanmu?’ jika sudah demikian, segeralah minta perlindungan kepada Allah, dan berhenti (tidak memikirkannya). (HR. Bukhari 3276 dan Muslim 134) .

di samping itu banyak lagi cara yang diajar oleh baginda Rasul sallallahu alaihi wasallam bagi menjauhkan diri dari syaitan dan jin. Antaranya membaca ayat kursi setiap kali selesai solat fardhu.

KEDUA:

Kenyataan berbunyi: "Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih"

Hal ini juga tidak terdapat dalam mana-mana ayat Al Quran dan Al Hadith.

Adapun sebab menghilangkan kesedihan disebutkan oleh Syaikh Muhammad Sulaiman At Tamimi dalam kitabnya Qawa'id Al Arba':

أسأل الله الكريم رب العرش العظيم أن يتولاك في الدنيا والآخرة، أن يجعلك مباركا أينما كنت، وأن يجعلك ممن إذا أعطي شكر، وإذا ابتلي صبر، وإذا أذنب استغفر، فإن هؤلاء الثلاث عنوان السعادة.

Aku meminta kepada Allah yang Maha Mulia, Rabbnya ‘arsy yang agung untuk menjadikanmu sebagai wali-Nya di dunia dan akherat serta menjadikanmu diberkahi dimanapun kamu berada, juga menjadikanmu termasuk orang yang jika diberi bersyukur, jika mendapat ujian bersabar, serta jika berdosa beristighfar, maka sesungguhnya tiga hal itu adalah tanda-tanda kebahagiaan.

Hal ini rumusan kepada sekian banyak ayat Al Quran dan Hadith.




N.A.A

Madinah Al Nabawiyah
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...